Penulis Sabah, Jalannya Takkan Pernah Hilang
Perjalanan Penulis Sabah merupakan perjalanan yang luar biasa. Ketika seorang penulis berfikir untuk menghasilkan karya lalu menerbitkannya secara eceran di buku antologi, majalah, surat khabar, media sosial atau dalam buku solo, ada penulis yang berfikir lebih ke hadapan berbanding itu. Bagi seorang penulis, menjadi satu kehormatan buatnya apabila karya nukilannya dibincangkan dalam forum terbuka, dialih wahana ke dalam bentuk lain, diterjemah ke dalam bahasa lain dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya di peringkat tempatan dan antarabangsa.



