Sepatah Dua Kata sempena Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijri


Ramadan dan Syawal tahun ini berbeza berbanding tahun lalu.

Tahun lalu, saya masih rajin mengirim kad raya secara tradisional kepada penerimanya. Tahun ini, saya tidak melakukannya lagi.

Tahun lalu, saya mengembara jauh untuk merayakan Ramadan dan Syawal bersama yang istimewa dalam hidup saya. Tahun ini, saya berkunjung hanya di sini-sini.

Tahun lalu, saya masih sudi mengundang seramai mungkin datang ke rumah, merayakan Syawal bersama saya dan keluarga. Tahun ini, undangan itu saya hadkan hanya kepada yang sudi.

Tahun lalu, saya masih saja hendak memberikan sesuatu kepada yang lain sebagai tanda muhibah. Tahun ini, pemberian itu saya hadkan hanya kepada yang berhak untuk diajarkan pentingnya menghargai.

Tahun lalu, saya sangat gembira untuk merayakan Syawal bersama yang lain. Tahun ini, rasa gembira itu saya kurangi, sehingga kegembiraan itu dikongsikan hanya kepada keluarga dan kerabat saya, serta mereka yang mengerti.

Sebab kepada semua itu hanya satu, iaitu mahu tidak hendak episod bertepuk sebelah tangan berulang lagi kepada diri ini.

Hakikatnya, kata “maaf” atau “terima kasih” bukan jawapan kepada sebelah tangan lagi yang telah hilang sebelum-sebelum ini: peduli.

Comments