Dataran Madani


Mampan mayapada dikeliling flora dan fauna
alam yang menyambut salam dan rasa sejahtera
di sini peradaban mengasah daya mencipta
amanah menghormati rakyat dan rukun negara
nun di dataran itu terselah keyakinan pada-Nya
ihsanlah, itu amat bererti pada hidup bernegara

Putrajaya, 2 Ogos 2023

Comments