IPS berkunjung hormat ke JPN Sabah


Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan rakan-rakan mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Puan Tah Nia binti Hj. Jaman, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan para pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menerima kunjungan hormat daripada delegasi IPS pada pagi hari ini.

Selain Ketua Satu sendiri, IPS telah diwakili oleh Ketua Dua, Puan Fauziah binti Hj. Moksin, Setiausaha Dua, Puan Juliah binti Hj. Matnoor, Ketua Penerangan, Encik Mohd. Azrone Sarabatin, Ahli-ahli Jawatankuasa, Encik Hussein bin Mohamad (Pak Fredy) dan Tuan Hj. Gazali bin Hj. Suhaili, serta wakil ahli, Encik Mohammad Hilmi bin Ismail.

IPS bersyukur dan berbesar hati kerana kedua belah pihak telah mencapai persetujuan terhadap usaha-usaha mengarus perdanakan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah ke peringkat akar umbi, khususnya guru dan murid sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan di Sabah.

Semoga Allah berkati permuafakatan kedua belah pihak dan menjadikannya bermanfaat kepada semua.

Comments