Pernyataan Ringkas, Program Ihya Ramadan 1443 Hijrah, ILP Kota Kinabalu


"Walaupun Ramadan tahun ini akan berakhir pada waktunya, tetapi ibrah dan semangat Ramadan akan kita terus bawa ke depan sehingga diizinkan oleh Allah untuk mengharungi keseluruhan Ramadan pada tahun berikutnya."

Sebagai memenuhi janji Jabatan Tenaga Manusia kepada bangsa dan negara dan bertepatan dengan bulan Ramadan 1443 Hijrah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) menerusi Jawatankuasa Masjid al-Falah, Unit Pengajian Am dan Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, dan Unit Asrama telah menyelenggarakan Program Ihya Ramadan 1443 Hijrah yang mengandungi 13 buah acara. Acara-acara tersebut termasuklah Solat Sunat Tarawih Berjemaah berserta Moreh, Kuiz Ramadan (secara dalam talian), Kuliah Ramadan, Pertandingan Azan, Sungkai (atau Iftar Jamaie) dan Anugerah al-Syabab.

Tidak sekadar itu, enam daripadanya turut mendapat kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat madani serta syarikat, iaitu Gotong-royong Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk, empat siri Ramadan di Perantauan (secara dalam talian), Ihya Ramadan ABIM Sabah dan World #QuranHour. Dalam hal ini, ILPKK merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd., Majlis Dakwah Negara, Negeri Sabah, Ikatan Penulis Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia, Negeri Sabah dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Negeri Sabah.

Sukacita disampaikan sebilangan staf dan pelajar yang berikut telah menyertai acara-acara tertentu yang diadakan di bawah program ini, iaitu dua orang staf dan 31 orang pelajar bagi Program Ihya Ramadan ABIM Sabah, tujuh orang staf dan 20 orang pelajar bagi Kuiz Ramadan, tujuh orang pelajar bagi Pertandingan Azan dan lapan orang pelajar yang dicalonkan oleh pengajar-pengajar Bengkel dan Subjek Umum bagi menerima Anugerah al-Syabab.

Hari ini, Perhimpunan ini akan menyaksikan upacara penyampaian anugerah, hadiah dan cendera kenangan kepada semua penerimanya dan simbolik penyempurnaan Program ini. Walaupun Ramadan tahun ini akan berakhir pada waktunya, tetapi ibrah dan semangat Ramadan akan kita terus bawa ke depan sehingga diizinkan oleh Allah untuk mengharungi keseluruhan Ramadan pada tahun berikutnya.

ILPKK mengucapkan tahniah kepada semua yang akan menerima anugerah, hadiah dan cendera kenangan dalam Perhimpunan ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah turun tangan menjayakan keseluruhan rangkaian acara Program Ihya Ramadan 1443 Hijrah.

Majlis Kemuncak Program Ihya Ramadan 2022 Peringkat ILPKK
Khamis, 28 April 2022, jam 8.40 pagi
Dewan Rafflesia, ILPKK, Sabah

Comments