Setahun Setelah Dia Pergi, Masih Belum Siap Kehilangan


Genap setahun pada hari ini, Kujai meninggalkan dunia ini. Meninggalkan peperiksaan SPM yang sepatutnya diduduki. Tanpa sempat mewujudkan mimpi yang dicari. Malah, tanpa meninggalkan sebarang pesanan kepada diri ini.

Kemalangan jalan raya memisahkannya antara hidup dan mati. Sehingga ramai yang sukar menerima bahawa semudah dan seawal itu dia pergi.

Sampai ke saat ini pun, saya belum siap kehilangan. Terus terang saya katakan.

Walaupun sudah beralih, saya mengambil seluruh hidup untuk mengikhlaskan pemergiannya. Malah, untuk mewujudkan mimpinya yang masih berbaki di dunia.

Untuk selalu menjadi orang yang baik dan bermanfaat untuk semua. Untuk mencari restu dan kasih sayang-Nya.

Ya, bersama semua yang masih ada bersama saya. Walaupun berada di pelbagai penjuru dunia dengan cita dan cintanya. Terima kasih banyak-banyak jauh dari sudut hati yang paling dalam, saya amat menghargainya. 

Kepada masing-masing yang berpaling dan memilih haluannya, selamat maju jaya dan semoga bahagia.

Saya di sini meneruskan kehidupan sekadarnya. Untuk mensyukuri dan menghargai semua yang masih ada. Malah, untuk tidak melepaskan sesuatu semudahnya, agar tidak menyesal apabila tiba pengakhirannya.

Al-Fatihah dan doa buat anak muda terbaik yang kehidupan 'abang' dia pernah ada.

Comments