Tiada Siapa yang Pernah Tahu dan Rasa


Tiada siapa yang akan pernah tahu
khabar di tempat kita masing-masinghingga hanya mampu melihat lewat maya
atau berbicara lewat kekunci dan suara
jika tidak lagi menyatakan cinta dan rindu
paling tidak menyapa dan bertanya saling
kalau bukan mengenang masa silam
tetapi menghargai yang sangat mendalam
kerana tetap setia untuk menerima

Tiada siapa yang akan pernah rasa
kejauhan seseorang dari seseorang lagi
sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi
“aku ingin mengembara ke belah sana
hanya untuk memeluk seseorang yang
selama ini memilih berkorban untuk dirinya”
air mata yang kadangkala mengalir sendiri
menginsafi sebuah pengorbanan yang
membuat doa agar saling bahagia

Tuaran, 2 Jun 2021




Comments