Pengakhiran Tahun Persekolahan yang Tidak Seperti Biasanya


Sekolah saya rasmi 'menutup langsir' pada jam 12.10 tengah hari tadi. Tahun Persekolahan 2020 berakhir hari ini.

Ramai yang gembira meraikan hari ini. Tiada lagi kelas dari rumah. Tiada lagi aktiviti sekolah di alam maya. Tiada lagi kena kejar dengan sesiapa kerana tiada pada waktunya. Ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung halaman. Tidak kurang pula menyepikan diri daripada keberadaan.

Tetapi, hari ini tidak seperti biasanya. Hari ini juga tidak seperti hari yang serupa tahun sebelumnya. Saya harap, saya tiada di sini pada hari ini kerana akhirnya, walaupun terlihat seperti biasa, sesungguhnya saya menahan air mata melihat hari dan alam yang tidak berwarna.

Ristaan yang semakin luntur warnanya. Harapan yang semakin malap cahayanya. Mungkin juga kita yang tidak terlihat arah langkah, mungkin tidak sehaluan lagi sampai bila-bila.

Saya tidak meminta lebih melainkan sekadar berdoa untuk kita dan mengingatkan sesama kita. Malah, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah bersama dan menerima diri ini seadanya, mengharungi hari-hari luar biasa dengan sekuat jiwa dan raga.

Terkhusus kata-kata ini disampaikan kepada sahabat-sahabat saya, yang saya sayangi satu dan semua, seluruh hidup saya.

Comments