Rindu dalam Kebasahan


Dalam kebasahan aku kerinduan
apa khabar yang dulu bersebelahan
hari ini meneruskan hidup kejauhan
dari sudut yang selalu hendaknya
memahami erti hadir tulus ikhlasnya
kasih yang selalu bererti bahagia
sedia dan setia menerima segala
selama di hatinya nama Yang Maha Kuasa
yang tidak membasahkan dengan penantian
tetapi khabar gembira yang membangkitkan
rasa untuk menyambung penghidupan
apa pun hendaknya hari besok
yang selalu dinanti nun di ufuk

Putatan, 7 Julai 2020

Comments