Semoga Bahagia


Kebahagiaan setiap daripada kita berbeza-beza. Ramai yang saya kenali telah mencapai kebahagiaan yang luar biasa. Pada masa yang sama, ramai juga yang saya kenali yang mengharungi keadaan yang sebaliknya.

Sementara saya di sini biasa-biasa saja. Saya menikmati kebahagiaan sekadarnya bersama semua yang masih bersama. Saya bersyukur dengan keadaan diri saya apa adanya.

Begitu pun, saya hanyalah seorang manusia biasa. Atas semua dosa dan salah, semoga Allah ampunkan dan saya mohon maafkan. Manakala atas semua pahala dan soleh, semoga Allah tekalkan dan saya mohonkan dukungan.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah dan tetap hadir memberi pelbagai makna. Saya selalu menghargainya dalam usaha dan doa.

Jazakumullahu khairan, semoga bahagia.

Comments