Senyumlah Walaupun Kesepian


Aku mahu melihatmu tersenyum lagi
meski seluruh telapakmu dimamah sepi
cinta kepada bangsa dan negara
membuatkan kita melepaskan semua
berhindar di belantara untuk sementara
sehingga waktu disuratkan Tuhan
aku segera kembali ke hadapan
bersama semua yang aku cintai, insan
yang menenangkan hati dengan senyuman
lalu menari untuk membuatmu tertawa
untuk ke sekian kalinya, mendakap rasa bahagia

Tuaran, 17 April 2020

Comments