Tuhan, Aku Masih Setia


Tuhan, aku masih ada, aku masih setia
kekalkanlah dengan keredhaan-Mu
syukur dan sukacita dalam dadaku
terhadap alma mater yang mengajarkan
erti mencintai tanah air dan masyarakat
yang menemukan aku dengan rahmat
sebesar insan-insan rapat yang penyayang
meski sudah berpaling dari mencintai
karena penghidupan yang lebih murni
akan terus diingati kerana baik hati
terhadap hitam dan putih diri ini
menerusi jalan berkongsi dan peduli
yang menguatkan kesantunan peribadi
untuk mencipta karya dan jasa
kepada manusia yang datang seterusnya
yang akan selalu menebar haruman
ke serata nama bangsa dan alam buana
terimalah pinta ini karna sesungguhnya
Tuhan, aku masih ada, aku masih setia

Gombak, 23 Disember 2019

Comments