Setiap kembara pasti ada jalan pulang
meski rumah tidak punya atap dan lantai
bumi kita sentiasa ada rendang berteduh
pulanglah meski hanya beberapa ketika
kerana pulang terlalu besar ertinya
meski hanya bumi ini yang merindukan
Singapura, 19 Disember 2019
Comments
Post a Comment