Doa Seorang Pengembara


Tuhan, kalau bukan kerana
mencari di mana letaknya hikmah-Mu
tidaklah aku jauh berkelana
di negeri asing walau sedetik waktu
mencari rahsia-Mu, ilmu dan kemahiran
lindungi aku dari kelelahan
daripada meneruskan sebuah perjalanan
meraih rahmat dan cinta-Mu

Singapura, 19 Disember 2019

Comments