Cerita Pamit


Cabaran tidak selalu meredakan
kegentaran seorang pengembara
yang mengimpikan dunia kirana
tetapi kepesatan yang memacetkan
pesiar kaki dan supir kereta
yang harus ditempuh dengan ketabahan
yang akan selalu mengajarkan
apa permatanya zikir kesyukuran
untuk tenang membumikan cita-cita
meraih cinta di rantau bahagia
yang menugukan erti sebenar
mengorbankan segala yang punya
hanya kerana mencintai semua

Tangerang, 7 Disember 2019

Comments