Sekolah: Diplomasi dan Persahabatan


Saya masih ingat, pada suatu hari, ada seorang anggota pucuk pimpinan di sekolah lama saya di Gombak yang ingin saya sahabati, menolak untuk bersahabat dengan saya. Ketika itu, saya pernah berfikir untuk memutuskan sahaja hubungan dengan sekolah tersebut serta warganya. Tetapi, saya bertanya semula kepada diri saya, mengapa saya perlu menggadaikan semua sahabat dan rakan saya di sana hanya kerana seseorang yang tidak sudi?

Saya dan sekolah saya sentiasa dididik dengan "semangat yang tidak pernah menyerah dan mengalah untuk menyambung perjuangan yang tidak pernah ada pengakhiran". Salah satu daripada perjuangan tersebut adalah jalinan dan jaringan.

Walaupun sekolah saya yang sekarang tidak ada hubungan diplomatik dengan sekolah lama saya di Gombak (nota: PPD Gombak yang sebaliknya ada hubungan diplomatik dengan kami sejak 2015), saya sentiasa mengingatkan sekolah saya untuk menjadi sahabat kepada semua. Begitulah jua dengan saya untuk menjadi seorang guru kepada pelajar-pelajarnya, abang kepada adik-adiknya dan sahabat kepada sahabat-sahabatnya.

Sebabnya pernah saya nyatakan dulu, "Komitmen sekolah dalam aspek jalinan dan jaringan tidak pernah berubah. #smktansau menyatakan hubungan baik dengan masyarakat... Pintu SMK Tansau sentiasa terbuka kepada sesiapa pun selaras dengan slogannya, Sekolah Hebat Berjiwa Besar (A Great School with a Big Heart), Biasakan yang Luar Biasa." – 21 Julai 2019

Comments