Sekilas Pandang Menjelang Debat Bahasa Arab SMKA 2012

Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah Menengah SeMalaysia akan diadakan pada 6-10 Julai ini, seperti biasa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) USIM, Kelab Debat Bahasa Arab (KDBA) USIM dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pertandingan ini akan membariskan 50 buah sekolah terpilih seluruh Malaysia dan 10 buah sekolah terpilih dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Dalam Debat kali ke-5 ini, BPI, KPM mengekalkan penyertaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Limauan, Papar, Sabah, dan SMK Mutiara, WP Labuan sebagai mewakili Sabah dan WP Labuan. Jikalau tahun sudah SMKA Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), Kuching mewakili Sarawak, kali ini SMKA Miri dipilih oleh KPM untuk mewakili Sarawak dalam Pertandingan ini. Kali ini juga, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor, yang telah menjuarai Debat ini 3 kali berturut-turut (2008-2010), mendapat penyertaan sekaligus timbul jangkaan bahawa KISAS akan menang sekali lagi dalam Debat ini. SMKA al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang, yang menjuarai Debat ini tahun sudah, menyertai Debat ini sekali lagi tahun ini sekaligus dilihat akan menjadi pesaing sengit kepada KISAS untuk merebut kejuaraan Debat kali ini.

Pun begitu, seperti biasa, kemenangan bukanlah matlamat utama untuk menyertai Debat ini. Tetapi, matlamat utama Debat ini disertai adalah untuk menambah kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pasti semua yang menyertai Debat ini akan merasa biah 'arabiyyah (suasana Arab) kerana hiburan disajikan berbentuk bahasa Arab dan rata-rata pengumuman dibuat dalam bahasa Arab. Dalam Debat jugalah ukhuwwah sesama warga Debat boleh terjalin. Terus terang saya katakan. Melalui Debat ini yang tahun sudah, semakin ramai sahabat saya. Ada sahabat saya dari kalangan warga Debat bersama saya kini di Pusat Asasi (CFS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM), seperti Muhammad Firman Mohd. Siril Asror (SMKA TUNAZ) dan Amirul Ashraf Abdul Razak (SMKA Wataniah, Jerteh, Terengganu).

Apapun, saya harap semua akan buat yang terbaik nanti. InsyaAllah, saya akan berkunjung ke Debat itu nanti, InsyaAllah. Saya beruntung kerana saya terpilih ke sana tahun sudah. Semua itu adalah kerana izin Allah dan rahmatNya jua, dan kali ini, apabila mengetahui sekolah saya tidak menyertai Debat ini, saya fikir itulah yang Allah takdirkan. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya menyertai Debat Bahasa Arab USIM kali ini.

--- PENYERTAAN SEKOLAH ---

* Senarai sekolah dari Singapura, Indonesia dan Brunei belum dikeluarkan.

  1. SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu
  2. SMKA Limauan, Papar, Sabah
  3. SMKA Miri, Sarawak
  4. SMK Mutiara, Labuan
  5. SMK Seri Saujana, Seri Petaling, Kuala Lumpur
  6. SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
  7. SMKA Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
  8. SMKA al-Mashoor (Perempuan), Pulau Pinang
  9. SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka
  10. SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor
  11. SMKA Falahiyyah, Pasir Pekan, Kelantan
  12. SMKA Melor, Kota Bharu, Kelantan
  13. SMKA Tengku Ampuan Hjh. Afzan, Kuantan, Pahang
  14. SM Imtiaz Besut, Besut, Terengganu
  15. SMKA Wataniah, Jerteh, Terengganu
  16. SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor
  17. SMKA Kerian, Semanggol, Perak
  18. SM Imtiaz Dungun, Dungun, Terengganu
  19. SAM Tanjong Karang, Selangor
  20. SAM Sungai Hj. Dorani, Sabak Bernam, Selangor
  21. SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan
  22. SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor
  23. SMK Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
  24. SMKA Durian Guling, Marang, Terengganu
  25. SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor
  26. Madrasah al-Alawiyyah ad-Diniyyah, Arau, Perlis
  27. SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan
  28. SMK Tun Abdul Razak, Batang Padang, Perak
  29. SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor
  30. SMKA Lati, Pasir Mas, Kelantan
  31. SMKA Segamat, Johor
  32. SMA Khairiah, Kuala Terengganu, Terengganu
  33. SMK Puteri Wilayah, Kampung Baru, Kuala Lumpur
  34. SMKA Johor Bahru, Johor
  35. SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang
  36. SMKA Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu
  37. KISAS, Klang, Selangor
  38. SAMT Sultan Hishamuddin, Kampung Jawa, Klang, Selangor
  39. SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam, Selangor
  40. SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu
  41. SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban, Negeri Sembilan
  42. SMKA Kuala Abang, Dungun, Terengganu
  43. SMKA Tok Bachok, Bachok, Kelantan
  44. SMK Zainab I, Kota Bharu, Kelantan
  45. SMKA Perempuan Kangar, Kangar, Perlis
  46. SMKA Maahad Muar, Muar, Johor
  47. SMKA Slim River, Perak
  48. SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor
  49. SMKA al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang
  50. SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Sail, Rembau, Negeri Sembilan

Comments