Seiring Sehaluan

Kita laungkan Allahu Akbar,
Allah Maha Besar.
(i)

Kita laungkan Allahu Akbar
Allah Maha Besar.

(ii)

Hari yang indah, senyuman pertama
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga.

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat.

Seiring sehaluan satu cita dan impian
Kita laungkan Allahu Akbar, Allah Maha Besar
seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah.

(iii)

Demi satu kejayaan penuh pengorbanan
keazaman juga ketabahan
inilah kehidupan, menuntut kesungguhan
tak semudah indahnya khayalan.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya, InsyaAllah.

Bertemu berpisah kerana Allah
Kita laungkan Allahu Akbar, Allah Maha Besar
seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah.

Allahu Akbar, Allah Maha Besar,
La Ilaha Illa Allah.
Allahu Akbar, Allah Maha Besar,
La Ilaha Illa Allah.

(iv)

Kita laungkan Allahu Akbar, Allah Maha Besar
seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah.

UNIC

Comments