Semoga Benar

Lanjutan daripada artikel saya yang bertajuk "Tawakkal Kepada Ilahi, Terutama Mengenai Rezeki" yang lebih bertumpu tentang isu pengurusan sumber manusia masa kini dan tentang pekerjaan sambilan.


Kalau artikel lepas saya bercerita tentang sahabat saya yang sudah ada kerja sambilannya. Dalam cerita ini, saya menceritakan suatu masa yang menunjukkan usaha dalam mendapat sesuatu rezeki - kebetulan.


Sebelum itu, cerita yang haknya, saya dan keluarga besar serta penduduk Kampung Kuala Menggatal di Teluk Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah, diziarahi oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Datuk Hjh. Jainab Hj. Ahmad Ayid, ketika meraikan perkahwinan sepupu saya, Ajijah Hj. Awang Asik dan suaminya, Muhammad Idil Hafid, yang baru diijab kabulkan oleh Pegawai Munakahat kawasan Menggatal dan Sepangar, Tuan Hj. Matnin Dinin, ayah kepada guru saya, En. Mohd. Saperi Hj. Matnin, yang baru diijazahkan dengan Sarjanamuda Ekonomi dan Pendidikan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam konvokesyen yang lepas.

Sebelum itu, pernah Pengetua SMKA Tun Ahmad Zaidi, Pn. Affida Helmi, ketika kepengetuaannya di SMKA Tun Ahmadshah, pernah menyebut kementerian Datuk Jainab dan Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai, sebagai Kementerian Pembangunan Sumber Manusia. Tepat. Tetapi, Datuk Jainab dalam ucapannya mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman, dalam Majlis Cemerlang Bersama Ketua Menteri Sabah 2010 di Dewan Hamzah al-Fansuri, SMKA Tun Ahmadshah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Sabah turut berfungsi dalam pembangunan sumber asli. Tuntasnya, KPSKTM berfungsi dalam membangunkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengurusan sumber manusia (HRM), sumber asli seperti gas asli dan petroleum dan latihan kemahiran di negeri Sabah.

Saya diminta oleh Datuk Jainab menyampaikan pesanan kepada semua ahli keluarga, para sahabat dan kenalan saya, terutamanya yang berada dalam konstituensi DUN Karambunai, sama ada yang menganggur dan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan sama ada tetap, kontrak mahupun separuh masa (part time) agar menghubungi saya (017-2471850) untuk mendapatkan bantuan terus daripada Pejabat Eksekutif YB Pembantu Menteri KPSKTM Sabah. Saya cuba usahakan permohonan bantuan daripada anda semua. Terima kasih.

Yang hakiki, ketika ziarahnya, turun padang bertemu rakyat DUN Karambunai, saya menyatakan masalah saya sebagai saya ingin kerja separuh masa (part time) dan saya ada berusaha mencari kerja melalui laman sesawang Pusat Kerja Sabah (SJC). Sebelumnya, Datuk Jainab mempromosikan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh KPSKTM Sabah kepada saya dan warga DUN Karambunai. Tindak-tanduknya, beliau menghubungi wakilnya di 1 Borneo bertanyakan kerja separuh masa (part time) yang ada. Datuk Jainab sedang menunggu respon wakilnya dan akan merespon kepada saya tentang perkara ini pada hari pejabat yang seterusnya, 27 Disember, selewat-lewatnya. Semoga benar perkara itu.


Sementelahan itu, saya diminta menyampaikan perkara yang di atas itu tadi.

Nilai moral: Itu baru usaha. Doa, ikhtiar dan tawakkal jangan dilupa.

Comments