Perutusan sempena Maal Hijrah 1433 Hijrah
السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعن كل الصحابة والقرابة
أجمعين. أما بعد
![]() |
Muizz ketika menyampaikan ucapan. |
PERSEFAHAMAN
ASAS PERPADUAN UMMAH
Kita
difahamkan bahawa tema sambutan Maal Hijrah 1433 Hijrah kali ini adalah “Persefahaman
Asas Perpaduan Ummah”. Saya melihat memang sampai masanya seluruh umat Islam
amnya, dan seluruh rakyat Malaysia khasnya, agar mendasari dan terus mendasari perpaduan
antara ummah dengan persefahaman. Dalam erti kata lain, tak kenal maka tak
cinta. Perkara ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat
13 yang bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
agar saling kenal-mengenal.”
HIJRAH: PERJUANGAN,
PENGORBANAN DAN KEJAYAAN
Sememangnya,
Islam mengkonnotasikan dua definisi yang tersirat dalam istilah Hijrah.
Pertama, Hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah SAW dan rombongannya dari
Makkah ke Madinah; dan yang kedua, Hijrah merupakan perubahan daripada yang
kurang baik kepada yang baik, dan yang baik kepada yang lebih baik. Dalam
konteks sambutan Maal Hijrah 1433 Hijrah ini, Kerajaan menerusi Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil kira takrifan kedua Hijrah untuk
mewujudkan tema yang sedemikian rupa. Saya bersetuju dengan usaha JAKIM
sebegini. Diharap seluruh lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia menyokong
usaha dakwah ini. Namun begitu, untuk mengambil kira takrifan kedua mengenai
Hijrah, takrifan asal turut diambil kira. Bukan itu sahaja, malah sejarahnya
dan kepentingannya turut ditekankan.
Sebelum menyahut
seruan JAKIM ke arah terealisasinya falsafah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah,
adalah menjadi keutamaan umat Islam untuk menghayati sirah Rasulullah SAW.
Sebelum Hijrah Makkah – Madinah, Rasulullah SAW melalui pengikutnya
merealisasikan Hijrah Makkah – Habsyah, atas permintaan Rasulullah SAW. Hijrah
ini tidak dapat mencapai objektifnya berikutan beberapa masalah yang menguji
umat baginda sendiri. Lalu, setelah turun perintah Allah SWT, Rasulullah SAW
bersama sahabat dan pengikutnya merealisasikan Hijrah Makkah – Madinah yang
memakan masa 12 hari. Kita boleh melihat dengan mata hati kita bahawa
Rasulullah SAW dan rombongannya disambut dengan penuh selawat dan kesyukuran di
Madinah. Setelah Hijrah, Rasulullah berjaya mempersaudarakan Muhajirin dan
Ansar. Baginda juga berjaya menubuhkan negara Islam pertama di dunia, Madinah (kini
menjadi wilayah dalam negara Arab Saudi), setelah berjaya menggubal Piagam
Madinah (perlembagaan pertama di dunia) bersama umat Madinah dengan adil dan
saksama. Begitulah, ada lagi beberapa kejayaan tercatat dalam lembaran Sirah
Nabawiyah setelah Hijrah direalisasikan dengan sepenuh perjuangan dan
pengorbanan.
Setelah
menghayati Sirah Rasulullah SAW, adalah menjadi peranan semua untuk memahami
dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sebagai ingatan, setiap
perkara dalam hidup kita yang menjurus ke arah menteladani Rasulullah SAW
adalah sunnah. Satu sunnah membawa ganjaran yang amat besar di sisi Allah SWT.
Kata Imam Bukhari, “Sesiapa yang menghidupkan sunnah Nabi SAW, Allah akan
tuliskan kehidupan pada hatinya.” Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat
31, “Katakan (wahai Muhammad SAW), jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah
aku, Allah akan menyayangimu dan mengampunkan dosa kamu, dan Allah itu Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
MARILAH
KITA BERSATU
Pemerintah
Malaysia amat berharap agar rakyat Malaysia terus hidup dalam kesatuan. Seruan
ke arah perpaduan yang menjadi teras kejayaan ini bukanlah suatu seruan yang
baru. Akan tetapi, sudah menjadi kemestian bagi yang mencintai perpaduan untuk
terus membulatkan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh hal yang
demikian, betapa pentingnya kita menghayati falsafah-falsafah yang menjerumus
ke arah kesepaduan, seperti “Perpaduan Teras Kejayaan”, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai
Kita Roboh” dan sebagainya.
Malaysia tidak
mahu rakyatnya hidup berpecah-belah. Islam sendiri melarang perpecahan bahkan
menyeru kepada perpaduan. Islam dan Malaysia sendiri telah membuktikan bahawa
perpaduan itu menjadi instrumen kejayaan. Maka, persefahaman adalah perkara
yang paling asas perlu dipupuk dalam diri manusia untuk mencapai suatu ikatan
perpaduan yang murni. Tanpa persefahaman, tidak mungkin perpaduan akan lestari
dan terus sejati.
Adalah benar
sekiranya kita mempunyai perbezaan agama, taraf, latar belakang kehidupan,
amalan seharian, fahaman politik, bangsa, warna kulit, warga negara dan
sebagainya. Namun, itu semua bukan penghalang untuk bersefahaman sesama insan.
Bersefahaman dengan manusia lain amat mudah, bahkan dianjurkan oleh Islam.
Melalui persefahaman, perpaduan boleh wujud, perkongsian maklumat berlaku,
perbezaan fahaman dan falsafah ditolak tepi, ukhuwah sejati dan murni.
Islam mendidik
persefahaman antara manusia melalui solat berjemaah, ibadah haji dan umrah dan
ibadah lain yang memerlukan jemaah yang memungkinkan kewujudan Ukhuwah
Islamiyyah. Kerajaan Malaysia pula mendidik persefahaman antara rakyat melalui
jalinan diplomatik antarabangsa, gagasan perpaduan 1 Malaysia, amalan rumah
terbuka, sambutan hari kebesaran negara, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),
pembentukan skuad sukan negara dan sebagainya. Semua ini berlaku demi
mewujudkan persefahaman dan perpaduan. Semua ini tidak akan berhasil tanpa
persefahaman dan perpaduan.
Oleh itu,
hargai perpaduan. Mulakannya dengan kesefahaman. Perpaduan hanya murni menerusi
amalan saling kenal-mengenal, saling faham-memahami dan saling bantu-membantu.
Dari sifat tersebut, akan wujud pula sifat saling maaf-bermaafan dan saling
sayang-menyayangi antara satu sama lain. Perpaduan teras kejayaan.
SEMPENA
TAHUN BARU 1433 HIJRAH
Sempena tahun
baru 1433 Hijrah ini, suka saya mengingatkan diri saya dan semua agar membaca
dan menghayati Doa Akhir Tahun pada beberapa minit sebelum azan Maghrib dan Doa
Awal Tahun pada waktu selepas solat fardhu Maghrib. Semoga dosa tahun sudah
(1432 Hijrah) diampunkan kesemuanya dan kehidupan tahun ini (1433 Hijrah)
dirahmati dan dikasihi.
Sempena
ulangtahun kelahiran saya yang ke-18 (menurut tarikh Islam) yang akan jatuh
pada 3 Muharram ini (29 November 2011), saya berdoa semoga saya dan anda semua
terus diampunkan dosa, dicucuri rahmat dan dikasihi Allah SWT. Terima kasih
atas doa anda semua ke atas saya. Sementara peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) akan tamat pada 14 Disember ini, saya masih mengharapkan doa
semoga dimudahkan urusan menghadapi peperiksaan SPM dan mendapat kejayaan dalam
peperiksaan ini.
Saya memohon maaf segala dosa saya daripada Allah SWT dan anda semua sepanjang 1432 Hijrah ini. Semoga 1433 Hijrah memberi makna dan semangat baru dalam kehidupan yang semakin hari semakin mencabar.
Saya memohon maaf segala dosa saya daripada Allah SWT dan anda semua sepanjang 1432 Hijrah ini. Semoga 1433 Hijrah memberi makna dan semangat baru dalam kehidupan yang semakin hari semakin mencabar.
Ya Allah Maha Kuasa,
padaMu kami meminta
perlindungaan di tahun ini
dari godaan syaitan durjana
Ya Allah Maha Kuasa,
padaMu kami meminta
kebaikan di tahun ini
berkekalan ke tahun depan
(Bulan-bulan Islam, AlarmMe)
Terima kasih
dan Wassalam.
Salam takzim,
AWANG ABDUL
MUIZZ AWANG MARUSIN
25 November
2011
Comments
Post a Comment