Majlis Graduasi Pelajar SPM & STPM SMKAKK 2011
Muizz selepas menerima Sijil Graduasi SMKAKK |
Seramai 122 orang pelajar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima Sijil Graduasi masing-masing. Saudari Nur Qhairunnisa Jeperih menerima Anugerah Ibnu Khaldun, manakala saudari Nurul Fadhilah Alias menerima Anugerah Ibnu Sina sempena Majlis Graduasi ini. Mereka berdua menerima Sijil Graduasi Pencapaian Kelas Pertama, manakala 12 orang pelajar menerima Sijil Graduasi Pencapaian Kelas Kedua.
11 orang pelajar diiktiraf Pencapaian Kepujian, 60 orang pelajar diiktiraf Pencapaian Harapan dan 27 orang pelajar diiktiraf Pencapaian Lulus. Pengiktirafan diberikan berdasarkan gred purata pelajar (GPP) dalam peperiksaan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan SPM dan STPM, masing-masing akan berlangsung bermula 14 dan 21 November ini.
Kira-kira 300 orang hadir menyaksikan Majlis Graduasi, terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa pelajar dan pelajar. Majlis Graduasi dihiburkan dengan muzik tradisional yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SM Sains Sabah (SMESH), mengiringi Istiadat Graduasi.
Comments
Post a Comment