Saya dan Sahabat Bumi Samariang
Ketika aku menulis kitabah ini, aku seperti sedang bersenang-lenang di
Bilik Tingkatan 6 Atas di Kolej Kediaman SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) ini.
Asramalah, senang cerita. Sebentar lagi, ada banyak kewajipan menunggu di meja
sana.
Syukur kepada Allah. Hari
ini aku masih hidup bersama Tuhan.
Aku masih ingat, baru
semalam aku membaca tentang mencintai sahabat. Begitulah, andai ada wanita
mencintaiku dan kucintainya, aku lebih sudi untuk mencintai sahabat terlebih
dahulu, lebih-lebih lagi di usia muda yang aku rasa kesenjaannya.
Sepanjang ingatan aku,
beginilah diari warga Sekolah Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) yang aku mampu ceritakan.
Mereka bersamaku dan meneroka keindahan bandaraya Kota Kinabalu dan daerah
Putatan.
Pra lawatan
Aku dimaklumkan oleh Firman
bahawa TUNAZ akan menziarahi Sabah pada 1 hingga 4 Oktober. Mereka datang
bersama doa dan harapan. Terkabul.
Sabtu, 1 Oktober
Burung besi merah yang
membawa mereka itu tiba di tanah datar ibu negeri, di Terminal 2, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Encik Jaharin Amat mengambil mereka,
membawa mereka berjalan.
Mereka memasuki bumi SMKAKK
sekitar jam 10 pagi. Aku hanya tiba di SMKAKK dari bandaraya ibu negeri pada
jam 12.30 tengahari. Aku dipertemukan dengan mereka dengan rahmat Allah dan
izinNya sekitar jam 1 petang. Aku yang mendapat tahu ziarah mereka itu terlebih
dahulu bertemu sahabat yang disayangi, Hami Hamizul, Ketua Asrama TUNAZ. Aku
kemudian bertemu semula dengan Ustaz Zamri yang disayangi, Ketua Warden Asrama
TUNAZ. Kemudian, aku berkenalan dengan Ketua Pelajar TUNAZ yang baru menyandang
jawatannya sejak Julai lepas, Asrul Romdani, barulah yang lain termasuklah
Ustaz Abang Marsal.
Aku merasa mereka semua
mendampingi dan mendekatiku ketika aku menziarahi mereka seketika di Surau. Hari
itu, baru aku tahu bahawa Ustaz Zamri itu senior Ustaz Azlan di universiti. Petang
adalah kerehatan bagi mereka yang sudah terbang sejauh sekitar 1000 kilometer.
Mereka pada hari itu
menghadiri Sidang Kemuncak SMKAKK-TUNAZ di Bilik Gerakan pada jam 8 malam tanpa
kehadiranku yang berpulang ke kediaman di Tuaran.
Ahad, 2 Oktober
Hamizul kelmarinnya berpesan
bahawa “aku tak ada besok” di Surau ketika kunjunganku. Mereka semua berseronok
dengan kemajuan ibu negeri Sabah sampai malam hari dengan bas dipandu oleh
Encik Bairudin Yusof.
Mereka pulang ke asrama
SMKAKK dengan bertemankan hujan yang sungguh lebat. Boleh tahan mereka mandi
hujan. Sepulangnya mereka, sekitar jam 11 malam, aku bertemu dengan beberapa
ahli perwakilan TUNAZ. Aku bercerita tentang SMKAKK, Asrul Romdani bersama
Hakim bercerita tentang TUNAZ. Sampai jam 1.30 pagi.
Hamizul lambat pulang ketika
itu. Aku ditonyohnya dari belakang sebagai menyapaku ketika aku leka bercerita
dengan Asrul dan Hakim. Dalam beberapa minit, Hamizul pergi ke Surau. Sebelum
itu, aku tidak sangka bahawa aku dikenali di TUNAZ. Kata Hamizul, “Ini semua
ini, tahu pasal kau.” Aku bertanya, “Owh, jadi selama ini, Hamizul
memperkenalkan saya sama kamu?” Mereka mengiyakan kesemuanya. Aku membalas,
“Aku pun bercerita jugalah tentang Hamizul.” Seperti terasa hati Hamizul
seketika.
Aku menjengah Surau
kemudiannya. Aku mendapat khabar bahawa 4 orang perwakilan TUNAZ beradu di
Surau. Apa boleh buatlah. Hari itu, baru julung kali, betapa banyaknya telefon
bimbit dan pemain MP3 dicas di dalam Surau. Aku tertidur di Surau bersama
berpuluh warga SMKAKK.
Isnin, 3 Oktober
Mereka sudah bersedia untuk
menziarahi SMKA Tun Ahmadshah (SEMAI), Inanam. Selepas Subuh, beberapa orang
dari kalangan mereka membentuk halaqah di Surau bersamaku.
Selepas perhimpunan harian
biasa, aku menjengah Dewan Makan. “(Orang Sarawak) belum datang. Tolong
panggil.” Seru Embak Insolatin, penyelia Dewan Makan. Aku dengan kelam-kabutnya
memanggil mereka di asrama. Mereka menikmati jamuan pagi bersama Bonda Pengetua,
Ustazah Jaimis Saiman.
Jam 8 pagi, Encik Hairul
Rajiun bersedia membawa mereka ke SEMAI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Aku mendapat berita bahawa mereka menyinggah membeli-belah di 1 Borneo.
Biasalah.
Di SEMAI, mereka menghadiri
Sidang Kemuncak SEMAI-TUNAZ di Bilik Gerakan dan di Masjid. Di UMS, mereka
melawat muzium di UMS dan dibawa mengelilingi UMS melihat kesaujanaannya.
Mereka pulang sekitar jam 10
malam bersama kepenatan. Aku masih bercerita dengan mereka sampai jam 12.30
tengah malam. Tetapi, sedikit sedih (dalam kalbu) kerana hajat tak kesampaian. Aku
mahu berbicara dengan Hamizul. Tetapi, aku sebenarnya sedang berbicara dengan
Suhaili dan Hisyam. Aku baru perasan bahawa Hisyam itu sahabatku di
asrama TUNAZ, sebaya denganku. Tingkatan 5.
Selasa, 4 Oktober
Aku mengimami Solat Subuh.
Beberapa sahabat TUNAZ sudah berada di Surau. Aku sangka aku masuk dahulu,
rupanya Hamizul dan beberapa orang yang lain mendahuluiku. Aku hanya sempat
meninggalkan Doa Rabitah yang dibaca selepas solat berjemaah. Selepas Subuh,
aku didampingi oleh Hamizul, Asrul, Hisyam dan Hakim. Bercerita lagi sehingga
jam 6 pagi.
Jam 7.30 pagi. Mereka
bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran SMKAKK, Cik Kertina Madun dan
guru-guru SMKAKK. Mereka diraikan dalam sesi kedua Sidang Kemuncak SMKAKK-TUNAZ
di Bilik Gerakan. SMKAKK dan TUNAZ saling menyampaikan penghargaan.
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMKAKK, Ustazah Siti Khadijatul Akmar Shoib yang mengetuai Urusetia lawatan
mereka, membawa mereka ke SRI al-Hafidz, Bandar Sierra, Kota Kinabalu, sekitar
jam 9 pagi. Mereka yang pulang ke SMKAKK sekitar jam 11.50 pagi, hanya
menyinggah mengangkat beg dan terus pulang. Aku hanya melihat bas itu berjalan
jam 12.30 tengahari walaupun burung besi merah akan terbang ke ibu Bumi
Kenyalang pada jam 3.30 petang.
Aku terlalu sedih ketika itu
kerana tidak dapat mengucapkan Selamat Jalan kepada mereka semua. Mujur aku
meninggalkan dua sampul surat sahaja sebagai tanda ingatan. Satu buat semua dan
satu khas buat Hamizul yang aku tidak sempat berbicara panjang dengannya.
Aku hanya sempat menelefon
Hamizul melalui Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKAKK, Ustaz Zulkifli Mohamad,
yang memahami perasaanku. Rupanya, aku dapa rasa merekalah sahabat aku walaupun
baru sekian hari.
Aku dengan Hamizul, Asrul
dan Ustaz Zamri saling bermaafan dan saling berterima kasih. Aku merasa hatiku
tak mampu bertahan dan air benak terus mengalir di pipi. Mereka yang karib
denganku di SMKAKK ini faham tentangku.
Yang penting, Hamizul dan
semua yang lain adalah sahabatku. Yang menjadi pendidik, yang menasihati dan
mendidikku, itulah guruku.
![]() |
Perwakilan SMKA Tun Ahmad Zaidi yang menziarahi Sabah |
Pasca lawatan
Aku merancang untuk
menghubungi mereka tentang khabar mereka.
Terima kasih, Syukran. Aku
kebetulan dapat menghubunginya walaupun melalui laman muka buku. Menurut
Syukran, hanya 4 orang sahaja dari kalangan putera TUNAZ yang mendatangi Sabah,
yang berstatus harian. Yang lain, mereka adalah pelajar asrama, di bawah
pengawasan Hamizul yang mengetuai asrama sejak tahun lepas dan akan tamat
kontrak pada tahun depan sehingga ada yang menyangka Hamizul akan menjadi Ketua
Pelajar TUNAZ. Namun, asrama TUNAZ masih mahukan kepimpinan Hamizul.
Mereka seperti aku dan budak
SMKAKK yang lain, pulang setiap 2 minggu. Aku faham.
Lain kali, aku mahu terus
mengekalkan hubungan. Aku tidak rugi andai aku saling menghubungi mereka.
Apabila dibanding antara
perkongsian, kita saling hampir serupa walaupun hanya sedikit perbezaannya.
Cemerlang kita bersama.
Bilik Pelajar Tingkatan 6 Atas, Asrama Putera, SMKA Kota Kinabalu, Sabah.
Ahad, 9 Oktober 2011, jam 9.00 pagi.
Comments
Post a Comment