Di Sana Mereka Berjuang



(Kenangan Untuk Sukarelawan Kemanusiaan Konvoi Freedom Flotilla)

Mereka hadir menghulurkan bantuan
Mereka pergi membawa harapan
Mereka datang untuk menghubungkan
Mereka tiba bersama bekalan.

Bekalan...
Ya, bekalan yang menjadi penawar
untuk insan yang memerlukan.
Mereka tiba kerana mereka faham nilai kemanusiaan
Nilai yang menjadi semangat.
Semangat keberanian, semangat insan,
semangat persaudaraan dan semangat perjuangan




Mereka dikejar! Mereka dikepung!
Mereka diserang! Mereka disakiti!
Mereka terkorban!
Dirosakkan oleh raja dunia pencinta kemusnahan!
Syahidlah mereka di medan juang. (Allahu Akbar!)

Mereka membuktikan keberanian,
Mereka punya keikhlasan
Mereka punya semangat perjuangan
Semangat penyatuan.
Bangkit wahai pemuda! tegaklah si pemudi! Ambillah pengajaran.
Kumpulkan tenaga, ledakkan semangatmu
Sambung bahang yang membara, biar hangat menjadi api,
Api perjuangan, menegak kalimah Tuhan!

Mohd. Ashrafi Harumin
Kampung Bayangan, Keningau, Sabah.
Selasa, 1 Jun 2010, jam 11.17 pagi.

Comments